
Sekapur sireh sekacip pinang..
JPIM IPGKDA

Tinta aluan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral..
​
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
​
Semua orang mengimpikan kemajuan, peningkatan dan kecemerlangan serta kejayaan samada kejayaan dalam peribadi, organisasi, kelompok mahu pun komuniti. Philip Van Hooser [2018] mendapati tiga unsur utama untuk kejayaan iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kemahiran adalah sama pentingnya dengan pengetahuan tanpa pengetahuan bagaimana boleh mewujudkan kemahiran. Walau bagaimanapun sikap adalah kunci segalanya. Sekiranya ada pengetahuan dan kemahiran tetapi sikap lemah maka pengetahuan dan kemahiran tidak dapat diaplikasikan. Sikap adalah penting bagi seseorang itu mencapai matlamat dengan jayanya. Walaupun kita mempunyai sikap yang baik namun ada beberapa aspek yang perlu dilihat iaitu pendekatan atau konsep yang boleh diamalkan seperti plan, do, check and act . Ringkasnya setiap perkara perlu dirancang, kemudian kita laksanakan apa yang dirancang. Semak semula apa yang dirancang dan apa yang akan dilaksanakan dan akhirnya bertindak dengan baik InsyaAllah kita akan berjaya.
Selaku ahli profesional, prasyarat kejayaan ialah kesanggupan untuk mengubah paradigma dengan mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu bertingkah laku dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, berkomitmen yang tinggi serta berjiwa waja serta bertindak dengan optimistik iaitu melihat semuanya secara positif dan berkemungkinan besar ia akan mencapai kejayaan samada dirinya dan organisasi yang diwakilinya dan sebagainya.
​
والله أعلم بالصواب
​
Hj Asri bin Md Saman @ Osman
Fungsi JPIM IPGKDA

1. Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) Pendidikan Islam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Pendidikan Islam, Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI) Mod KDC Tahfiz dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Mod KDC Tahfiz,
​​
2. Mengendalikan empat program utama berpandukan perancangan tahunan jabatan mengikut unit-unit utama dengan penglibatan semua warga,
Fungsi JPIM IPGKDA

3. Menganjurkan program dan aktiviti yang dapat memperkasakan Pendidikan Islam dalam kalangan pelajar melalui program-program kebitaraan peringkat unit, jabatan dan IPG Kampus,
4. Memberi kerjasama dan khidmat nasihat berkaitan hal ehwal Islam kepada institut, majlis-majlis rasmi peringkat institut, individu dan Jawatankuasa Pengurusan Institut dan aktiviti yang melibatkan keagamaan dan moral apabila diperlukan di dalam atau di luar IPG Kampus,
5. Bekerjasama dengan Jawatankuasa Masjid An-Nur dalam menganjurkan program sempena bulan-bulan kebesaran Islam dan program keagamaan yang lain