top of page

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

1 September - 31 Disember 2020

أهلًا وسهلاً ومرحبًا بكم 

JPIM merupakan tonggak kelestarian IPG Kampus Darulaman sebagai salah sebuah institut yang telah dikelompokkan sebagai kampus kebitaraan Pendidikan Islam Sekunder bagi zon Utara Semenanjung Malaysia. JPIM diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh Timbalan Ketua Jabatan serta diorganisasikan kepada empat unit utama iaitu Unit Pendidikan Islam, Unit Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah, Unit Pendidikan Moral dan Unit Tamadun. JPIM berperanan mengendalikan kursus-kursus berkaitan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Tamadun Islam Tamadun Asia bagi semua program yang ditawarkan di peringkat institut. Terdapat empat program yang dikendalikan oleh JPIM pada Tahun 2020 iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) Pendidikan Islam, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Pendidikan Islam, Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI) Mod KDC Tahfiz dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Mod KDC Tahfiz. Enrolmen pelajar JPIM yang mengikuti semua program yang ditawarkan adalah berjumlah 345 pelajar merangkumi 289 pelajar sepenuh masa dan 56 pelajar program Mod KDC. JPIM berhasrat melahirkan insan guru berperibadi Muslim yang berilmu pengetahuan, berakhlak misali, berkemahiran fizikal dan insaniah yang tinggi, berkepimpinan, berkompetensi, kreatif dan inovatif berpandukan kandungan program dan kursus yang ditawarkan di samping aktiviti-aktiviti yang menyokong kepada pembangunan sahsiah seorang pendidik. Dalam masa yang sama JPIM bertekad membangunkan kompetensi para pensyarah melalui program pensarjanaan, pembudayaan penyelidikan dan inovasi serta pengantarabangsaan yang memberi impak tinggi kepada pensyarah dan pelajar.

AKTIVITI AKAN DATANG
20-22
Okt

Majlis Tilawah, Tafsir dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan

3 Sept

Program Jaringan Ilmu : Norma Baharu Pedagogi Masa Kini dalam Pendidikan Islam

1 Sept

Pendaftaran Pelajar PPISMP

31 Ogos

Hari Kebangsaan

5-6 
Ogos

Kursus Pemantapan Profesionalisme Pensyarah JPIM

20 Julai

Kursus Pembinaan Bahan ePembelajaran melalui Digital Learning Object

Mesyuarat Khas JPIM

1 Jun
IKUTI PERKEMBANGAN KAMI @
KEKUATAN IMAN TERAS PEMANTAPAN AMAL
bottom of page